Kembara Ilmu

get this widget here

Assalamualaikum dan selamat datang...

Selamat datang kepada semua pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Semoga kunjungan kalian memberi kekuatan kepada kami untuk meneruskan perkongsian ilmu bersama kalian.

Tulisan dalam blog Kembara Ilmu merupakan pendapat peribadi penulis terbabit dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi blog Kembara Ilmu.

oleh: 'Tinta Beca'



Bismillahhirahhmanirahim.

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Sahabat.

Satu perkataan  ringkas tapi besar maknanya. Kerana sahabatlah yang memaknakan hidup insan. Sahabat umpama awan yang sering berarak bersama di lautan langit yang biru. Walaupun kadang-kadang dilanda hujan dan ribut namun di akhirnya pasti terbit pelangi. Tidak lengkap persahabatan jika seorang tiada laksana tidak dinamakan pelangi jika tiada satu jalur wananya.

Sahabat. Kenalilah sahabat kita.

            1.       Sahabat laksana udara



Sahabat laksana udara adalah teman yang sangat-sangat diperlukan kita dalam meniti kehidupan yang penuh jurang ini. kita amat memerlukan udara di atas muka bumi ini untuk sang jantung terus bekerja, jika udara tiada pasti kita mati. Dialah teman yang sering mengingatkan kita agar mengingati Allah. Dialah dialah rakan yang sering medekatkan dan menjadikan anda seorang yang rajin berjemaah.

Carilah sahabat seperti udara agar setiap katanya dapat kita ambil sebagai nasihat. Cintailah mereka kerana mereka mampu membimbing kita ke syurga.

            2.       Sahabat laksana ubat.

Sahabat laksana ubat adalah mereka yang memberi manfaat. Mereka diperlukan seketika sahaja. Seperti tukang roti canai. Kita hanya memerlukan mereka seketika sahaja di waktu pagi. Kita tidak bersama mereka sepanjang hari.

Sahabat seperti ini mampu membantu kita dalam menjalani hidup seharian. Namun bukan setiap masa kita memerlukan mereka. Ketiadaan mereka tidak dirasai kerana mereka tidak mengajak anda untuk berzikir kepada Allah.

             3.       Sahabat laksana virus.

Mereka adalah sahabat yang menjangkitimu. Mereka mampu mempengaruhi hatimu untuk meninggalkan ruang lingkup tarbiyah. Bersama mereka mendekatkan dirimu kepada bara neraka dan membawamu kepada kehinaan dunia.

Berhati-hati memilih sahabat.  Hidup dalam dunia tarbiyyah memerlukan kita unutk mencari udara. Udara yang mampu membantu kita untuk terus kuat menentang arus dunia yang fana. Ada sahaja cubaan dari syaitan. Mereka punya rencana yang khusus kepada sesiapa yang memilih siratul mustaqim. Syaitan adalah musuh yang nyata bagi kamu.

Sebagaimana firman Allah yang mafhumnya :

“Pada hari itu sahabat-sahabat karib itu, sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengah yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh)
(Az-Zukhruf : 67)





Categories: ,

Leave a Reply