Kembara Ilmu

get this widget here

Assalamualaikum dan selamat datang...

Selamat datang kepada semua pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Semoga kunjungan kalian memberi kekuatan kepada kami untuk meneruskan perkongsian ilmu bersama kalian.

Tulisan dalam blog Kembara Ilmu merupakan pendapat peribadi penulis terbabit dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi blog Kembara Ilmu.

Oleh: Ibnu Khalid
                                        

Apabila kita mendengar Freemason, sudah pasti ada di kalangan kita bercakap bahawa Freemason ini adalah pertubuhan yang direka-reka oleh pihak Kristian sebagai pertubuhan amat bahaya kerana merancang untuk menguasai dunia. Ada juga di kalangan mereka yang fanatik berkenaan teori konspirasi mengatakan bahawa Freemason merupakan pertubuhan yang lebih ke arah menuju pemerintahan Lucifer/Azazil. Ada juga mengatakan Freemason sengaja diada-adakan oleh pihak tertentu untuk menyalahkan kemunduran umat Islam.

Persoalannya, adakah semua teori yang dikatakan adalah benar?

Sebenarnya saya ingin katakan bahawa teori yang dikatakan mungkin benar dan ada kemungkinan teori yang dikatakan itu salah. Namun tidak salah kalau ada di kalangan kita ingin mengenali lebih dekat pertubuhan misteri ini. Ingatlah kalian bahawa sehebat-hebat mana pertubuhan yang dirancang untuk melakukan kerosakan di atas muka bumi, mereka tidak mampu mengatasi makar Allah. 






WA MAKARU WA MAKARALLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIREEN...



Sahabatku...
Apa yang ingin dikatakan ialah perjuangan Islam bukanlah berhenti atau berehat kerana Freemason. Atau lebih jelas andai saya katakan bahawa isu kedatangan Imam Mahdi itu sesuatu yang pasti bukanlah bermakna kita harus berpeluk tubuh menantikan kedatangan beliau. Ada di kalangan pengkaji konspirasi membuat keputusan bahawa perjuangan bermula apabila hadirnya Imam Mahdi atau menjelmanya Pemuda Bani Tamim, salah satu watak penting dalam menjayakan kebangkitan Islam sebagai merealisasikan empayar utopia yang pernah disebutkan oleh baginda Rasulullah SAW.

Tanpa membuang masa, saya akan menceritakan sejarah menurut sebahagian ulama dan mahasiswa Mesir berkenaan penubuhan Freemason. Penubuhan yang dilakukan secara tidak rasmi sebenarnya wujud sejak zaman Nabi Isa a.s.. Kenapa pertubuhan ini wujud pada zaman tersebut? Ini kerana mereka pada mulanya ingin menghancurkan ajaran Tauhid yang disebarkan oleh Nabi Isa dan golongan Hawariyyun.



Perancangan ini melibatkan pihak Yahudi yang tidak menyenangi Nabi Isa kerana ada di kalangan mereka masih menuduh bahawa nabi Isa adalah anak luar nikah. Ada juga merasakan kedudukan mereka tergugat apabila dakwah Nabi Isa a.s. semakin diterima oleh masyarakat. Sudah menjadi sunnah berjuang, Nabi Isa a.s. menjadi lelaki yang dikehendaki oleh pihak berkuasa hasil percaturan Raja Herodus Akriba yang melakukan pakatan dengan Yahudi untuk menamatkan dakwah Nabi Isa a.s..

Pakatan mereka meneruskan percaturan untuk membunuh Nabi Isa demi membuktikan bahawa Nabi Isa a.s. bukanlah al-Masih yang sebenar. Akhirnya pada hari yang dinantikan telah tiba, seorang lelaki yang ditangkap, dihina, dimaki, dipukul dan disalib sehingga mati. Mereka merasakan perancangan mereka berjaya. Sebenarnya Nabi Isa diangkat ke langit menurut Islam dan menurut Kristian bahawa setelah Nabi Isa dibunuh, ada di kalangan mereka melihat pada kubur Nabi Isa tiada mayat yang dikatakan nabi Isa bahkan mereka melihat sendiri nabi Isa kembali ke syurga. Mereka seterusnya cuba melenyapkan dakwah sahabat Nabi Isa dengan menyiksa orang-orang yang beriman. Namun, dakwah Tauhid tersebut tersebar sungguh pantas. 

Akhirnya, undian menentukan sama ada Isa adalah anak Allah atau sebaliknya telah dilakukan semasa ajaran tersebut tersebar dalam empayar Rom. Undian akhirnya menyokong bahawa Isa bukan anak Allah namun raja Rom ketika itu memilih bahawa Isa adalah anak Allah. Persidangan ketika itu dinamakan Nicene Creed.

  • Ketika pemerintahan raja Konstantin, persidangan Niceae telah diadakan pada 325 AD (iaitu 325 tahun selepas kelahiran Isa) yang mana hasil dari persidangan tersebut telah sepakat mengatakan bahawa Isa itu adalah anak Tuhan ataupun penjelmaan Tuhan dalam bentuk manusia. Ini bermakna nabi Isa diangkat menjadi Tuhan hasil dari UNDIAN manusia. Isa dianggap sebagai Tuhan selepas 300 tahun ketiadaannya.


Di sini menimbulkan tanda tanya sama ada adakah keputusan itu hasil perancangan Yahudi yang membenci dakwah Nabi Isa? Perlu diingatkan bahawa Paul merupakan pencetus fahaman Isa adalah anak tuhan. Adakah Paul juga sebahagian daripada rancangan pakatan sulit tersebut? Wallahualam...

Bersambung...

                                       


















sumber:

http://www.youtube.com/all_comments?v=_NVnYjz0wQM&page=2
http://www.muamalah.com/v2.2/?p=11





Categories: ,

Leave a Reply