Kembara Ilmu

get this widget here

Assalamualaikum dan selamat datang...

Selamat datang kepada semua pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Semoga kunjungan kalian memberi kekuatan kepada kami untuk meneruskan perkongsian ilmu bersama kalian.

Tulisan dalam blog Kembara Ilmu merupakan pendapat peribadi penulis terbabit dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi blog Kembara Ilmu.


oleh: Tinta Beca



Dalam kitab Raudhatul Muhibbin wa Nuzhatul Musytaqin , Imam Ibnu Qayyim meriwayatkan, bahawa pada suatu pagi selepas sembahyang Subuh, Umar Ibn Khattab R.A mencari-cari Abu Bakar.

Setiap hari selepas sembahyang Subuh, Umar selalu melihat Abu Bakar R.A menuju ke salah satu sudut kota Madinah. Umar tertanya-tanya apa sebabnya dan mengapa Abu Bakar sering keluar ke sana?

Pada suatu hari, Umar mengikut Abu Bakar keluar dan berjalan. Tiba-tiba dia memasuki sebuah perkhemahan terpencil  di sana. Taktala Abu Bakar R.A keluar Umar masuk ke dalam khemah tersebut. Dia mendapati ada seorang tua dan buta bersama anak-anak kecilnya. 

Umar bertanya kepada si tua tersebut : "Wahai Hamba Allah siapakah anda?"

Orang tua tersebut menjawab : "Saya ialah seorang tua yang buta dan tinggal di perkhemahan ini. Bapa kami sudah meninggal dunia dan bersamaku anak-anak perempuan sementara kami tiada pemberi nafkah selain Allah S.W.T"

Umar R.A bertanya lagi : "Siapakah syeikh yang mendatangimu tadi?"

Tenyata si tua tersebut tidak mengenalinya. Si tua tersebut menjawab " Syeikh itu tidak saya kenali, setiap hari dia datang. Dia menyapu rumah kami. Dia menyediakan makanan untuk kami dan dia juga memerah susu untuk kami.

Taktala itu juga Umar R.A menangis lalu berkata " Wahai Abu Bakar ! Kamu telah menyusahkan para khalifah sesudahmu nanti."

............................................................................................

Ambillah pengajaran dari kisah ini wahai orang-orang yang beriman. Ambillah pengajaran daripada penghuni syurga. Ambillah pengajaran dari sahabat-sahabat Baginda Rasulullah. 

Ya. Kita pernah bersedekah.
Ya. Kita pernah memberi.
Ya. Kita suka membantu.
Ya. Kita suka menghulur pada mereka yang memerlukan.

Namun.

Adakah pemberian tangan kanan kita itu tersembunyi dari tangan kiri kita?
Adakah pemberian kita itu dilihat oleh orang lain?
Apa niat kita taktala kita membantu?

Tulisan ini tidak berniat untuk menilai ukuran pahala individu cuma untuk bersama-sama mengkoreksi diri.
Sudahkah ikhlas kita sampai ke tahap Abu Bakar?

Apakah perasaan kita taktala kita melihat sahabat kita membantu yang susah? Adakah tersentuh hati kita laksana Umar? atau hanya melihat tanpa ada perasaan sedikitpun.


Rujukan :

Syeikh Zulkifli Mohamad al-Bakri. Siri Himpunan Hadis Modal Insan, Hadis-Hadis Peringatan Buat Insan. 

Categories: , ,

Leave a Reply