Kembara Ilmu

get this widget here

Assalamualaikum dan selamat datang...

Selamat datang kepada semua pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Semoga kunjungan kalian memberi kekuatan kepada kami untuk meneruskan perkongsian ilmu bersama kalian.

Tulisan dalam blog Kembara Ilmu merupakan pendapat peribadi penulis terbabit dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi blog Kembara Ilmu.


Lembut,bisa menggoyah
Sopan,bisa menangkap perhatian
Ayu,bisa mendebarkan
Namun hati kecil ini
Berdoa dijauhkan seperti itu

Biarlah kehadiran diri ini disenangi
Membawa ketenangan hati yang goyah
Memandang diri ini menyejukkan mata
Bergetar hatimu mengingati Allah



Hati yang rapuh
Namun tidak terjangka kekuatan di sebaliknya
Jiwa yang sensitif
Tanda sempurna kewanitaan dan keibuan

Wahai muslimah
Mari menjadi sebaik perhiasan dunia
Bukannya perosak iman Adam

Ayuh berusaha merealisasikan impian

Penyejuk mata untuk ibu bapa

Sahabat yang baik buat rakan-rakan

Isteri solehah buat zauj

Membawa langkah kepada jawatan impian
Ketua bidadari syurga
Menggapai mardhatillah
Read More …


Assalammualaikum....

Firman Allah s.w.t:

Dan hendaklah engkau bangkitbsembahyang tahajjud pada sebahagian waktu malam.
(Surah Al-Isra':79)

Firman Allah s.w.t:

Bangunlah (untuk solat) pada malam hari
(Surah Al-Muzzammil:2)

Dan berkata Sufyan As Sauri r.a:
Sesungguhnya Allah taala telah menciptakan satu angin yang berhembus di waktu sahur membawa zikir dan beristighfar kepada Tuhan, Raja Yang Maha Perkasa.

Dan Beliau berkata lagi:
Apabila bermula malam maka memanggillah suatu pemanggil daripada Arasy:"Hendaklah bangkit para Abidin" (orang-orang yang banyak ibadat). Maka mereka pun bangkit dan terus bersembahyang dengan sembahyang yang banyak.

Dan apabila sudah berlalu separuh malam maka memanggil pula sesuatu memanggil:"Hendaklah bnagkit para Qanittin" (orang-orang yang bersungguh-sungguh dalam ibadat). Maka mereka pun bangkit dan terus bersembahyang sehingga sampai waktu sahur.

Dan apabila datang waktu sahur maka memanggil pula suatu pemanggil: "Hendaklah bangkit para Mustaghfirin" (Orang-orang yang mahu beristighfar). Lalu mereka pun bangkit dan terus beristighfar.

Dan apabila fajar sudah naik menyinsing maka memanggillah oleh sesuatu pemanggil: "Hendaklah bangkit golongan Ghafilin" (orang-orang yang lalai). Lalu mereka pun bangkit daripada hamparan mereka laksana orang mati yang dibangkitkan daripada kubur mereka.

Jadi cuba kita renungkan dan muhasabah diri kita, kita berada dalam golongan yang mana?

Tepuk Dada, Tanya Iman!

Renungan buat semua.

Jadilah hamba ALLAH yang bertaqwa dan yang diberkati-Nya.


Peitkan daripada kitab Ayyuhal Walad (Wahai Anakku Yang Tercinta) karangan Al Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al Ghazali @ Imam Al- Ghazali. Nasihat Yang Kesepuluh.
Read More …


PERSAHABATAN UMPAMA ALQURAN ^_^

Assalamu’alaikum wbt…

Seorang sahabat menghantar satu mesej kepada saya. Tentang analogi persahabatan…

“Persahabatan umpama al-Quran. Semakin seseorang suka padanya, semakin dia membacanya, semakin ikhlas dia membacanya. Semakin gembira dia mendekatinya, semakin tenang dia untuk memahaminya. Semakin cinta dia kepadanya, semakin setia dia menghafaznya. Dan semakin itulah al-Quran itu terlekat di hatinya sampai bila-bila….”

Subhanallah. Ini kali pertama saya mendengar kaitan persahabatan dengan al-Quran. Indah sungguh! Begitulah dunia persahabatan yang dipateri kerana cinta kepada-Nya. Saban hari, kita akan cuba untuk memahami serta mendekatinya. Susah dan senang, suka dan duka, pahit manis….semua ini merupakan rencah kehidupan dalam persahabatan. Mencari kawan, teman dan rakan adalah mudah…tapi untuk mencari sahabat yang akan bersama-sama memimpin diri kita menuju ke syurga-Nya, masya-Allah….sahabat seumpama itu sukar ditemui. Namun, percayalah! Lihatlah di sekeliling kita. Pasti ada sahabat-sahabat yang Allah kirimkan supaya kita saling berpesan-pesan kepada kebenaran, bersama-sama mencegah kemungkaran, meninggalkan larangan-Nya dan melaksanakan perintah-Nya. Subhanallah :)

Di samping itu, Islam amat menitikberatkan ciri-ciri sahabat yang akan kita pilih kerana mereka mencerminkan sifat dan peribadi kita. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.”

Teringat akan pesanan Imam Al-Ghazali kepada anak lelakinya. Mungkin daripada pesanan-pesanan beliau ini, kita boleh checklist bagaimana ciri-ciri sahabat yang kita ada. Ingat, sahabat merupakan salah seorang yang membentuk serta mencorak peribadi kita. Jadi, berhati-hatilah dalam memilih SAHABAT :)

: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
3. Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat akan kematian…

Subhanallah :)

Moga Allah temukan kita dengan SAHABAT itu~

* Sahabat selamanya sehingga ke syurgaNYA :)*

Read More …


Assalamualaikum w.b.t
sedikit perkongsian
semoga sedikit sebanyak antum dpt mngmbil ibrahnya.insyaAllah :)


**************************************************************************************************
Di suatu sudut surau seusai solat Maghrib kelihatan dua orang muslimat sedang duduk menghadap satu sama lain. Si muslimah pertama yang masih lengkap memakai kain sembahyang berwajah agak tegang,bercampur dengan riak hendak menangis. Muslimah kedua yang bertudung labuh yang juga merupakan naqibah muslimah pertama berekspresi tenang,kekal dengan senyuman..


"Akak,saya rasa tak kuat. Saya rasa lemah sangat-sangat. Saya cuba untuk teguh,kukuh menentang arus lagho yang datang tapi banyak kali saya tersungkur " luah muslimah pertama. Riak wajahnya bercampur. tegang,sedih,risau.. Si naqibah hanya tersenyum. Membiarkan muslimah pertama melempiaskan rasa hatinya dahulu.

"Dalam kelas, saya je yang pakai camni. Saya masih ok dengan hal ni. Tapi bila apa-apa hal yang mungkar atau menjurus ke arahnya saya tak dapat nak tolak kak. Saya perlukan sokongan. Kerap benar saya tergelincir dari landasan. Saya cuba nak jadi solehah,saya nak jadi lebih baik tapi persekitaran tidak membantu. Malah lagi memburuk. 


Sahabat-sahabat terdekat saya semuanya ok tapi ada masa saya jadi terpengaruh dengan mereka. Saya tak nak macam tu tapi saya benar-benar rasa lemah kak " Muslimah pertama berhenti seketika. Menarik nafas panjang. Luahan rasa hati yang ditahannya sejak beberapa lama masih ada yang perlu dihamburkan. Si naqibah pula masih tekun mendengar,sambil tersenyum. Dia tidak ingin mimik muka yang tegang jua mengiringi luahan hati seorang srikandi Islam ini,srikandi yang punya potensi,insyaAllah..

"Dengan situasi saya sebagai pelajar kos yang saya lihat rata-ratanya tak ramai berhajat ke arah kebaikan,kekuatan dalaman saya yang tak seberapa,kawan-kawan terdekat yang tak dapat saya amar ma'ruf,nahi mungkar membuatkan saya jadi sangat lemah. Dah terlalu lama saya tahan rasa ni. Rasa ni membuatkan saya rasa tidak selesa,tidak tenang malah saya hipokrit ! Allahuakbar.akak,bantu saya" setitik dua air mata muslimah pertama menitis. 


Hatinya benar-benar ingin menjadi lebih baik,tetapi dia benar-benar jua merasa lemah. Muslimah pertama merasakan tiada sokongan yang dekat dengannya kerana dia hidup sebagai musafir di negeri orang. Sokongan yang ada,yang dirasakan betul-betul ikhlas yakni daripada dua sahabat baiknya nun jauh di Pantai Barat kedua-duanya.

"adik...adik dengar ye" si naqibah memulakan bicaranya apabila merasakan muslimah pertama sudah selesai mengeluarkan segala rasa hati yang telah lama dipendamnya.
"akak akan jawab satu-satu ye.adik tau tak apa hikmah yang akak nampak dalam masalah adik ni?" tanya si naqibah sambil mengesat titisan air mata yang mengalir di pipi muslimah pertama.

Muslimah pertama mengeleng-geleng kepalanya. Dia menjadi buta kerana terlalu kecewa. Rasa itu membuatkan dia tidak sempat melihat hikmah di sebalik ujian Allah s.w.t ini. Ya,HIKMAH-Nya !!!


"Yang pertama,tentang pemakaian adik. Adik,islah yang kita nak sampaikan kat saudara-saudara seIslam kita bukan sekadar memberi ceramah,tazkirah je. Penampilan kita juga boleh menarik mereka ke arah yang lebih baik tau. Ini juga merupakan salah satu contoh dan cara untuk menarik hati mereka berubah ke arah yang lebih baik,ke jalan yang betul. 


Mungkin sekarang adik tak nampak impak pemakaian ni kepada sahabat-sahabat adik tapi akak yakin satu hari nanti adik akan tersenyum sendiri melihat perubahan yang akan berlaku. Benda yang baik ni memang ambil masa sikit untuk kita tengok penerimaan dan perubahannya tapi kesan yang kita nampak adalah sesuatu yang kita tak pernah jangka,insyaAllah" Si naqibah mula menuturkan kalimah-kalimah memujuk hati muslimah pertama sekaligus membuatkan muslimah pertama berfikir akan kebenaran kata-kata ini. 


Air mata tidak menitis lagi,fikiran itu mula ligat berfikir memproses kalimah nasihat berbaur pujukan daripada si naqibah. Si naqibah meneruskan kata-katanya.


"Hal kedua tentang persekitaran adik. Akak yakin sangat-sangat adik boleh menangani masalah ini. Akak tau adik punya jiwa yang kuat,sekuat hati Mashitah ketika ingin melemparkan bayinya ke dalam minyak panas menggelegak,insyaAllah.. 


Jika sebelum ni adik yang cepat terpengaruh dengan mereka,apa kata lepas ni adik 'reverse'kan hal tu. Biar adik pula yang memberi pengaruh yang baik kepada mereka. Cuba perlahan-lahan,insyaAllah mustajab. Manusia dilahirkan dengan fitrah,suka kepada kebaikan. Cuma kadang-kadang faktor-faktor lain membuatkan mereka lari dari fitrah tersebut. Cuba bawa mereka tertarik kepada fitrah tu kembali.


Hati manusia ni lembut,kita kena buat secara berhikmah,sabar dan jangan putus asa. Akak nampak potensi dalam diri adik" kata si naqibah sambil tersenyum dan mengusap-usap kepala muslimah pertama. Muslimah pertama mengukir senyuman nipis sambil tertunduk malu. Tiada lagi riak tegang seperti awal-awal tadi. Hatinya rasa terpujuk kembali. 'Aku punya potensi??' fikir muslimah pertama di dalam hatinya


"Hal ketiga tentang kos berlainan. Subhanallah,adik tau apa hikmah terbesar tentang hal ni? Adik dapat 2 ilmu dalam satu masa! adik dapat ilmu daripada kos yang adik belajar sekarang, adik jugak dapat ilmu daripada ceramah,tazkirah,usrah yang adik hadiri. Itu hikmah terbesar yang akak nampak. Adik patut lebih bersyukur tau. Jangan melihat hal ni sebagai satu benda yang negatif,pandang ia dari sudut positif.OPTIMIS.. 


Akak bagi contoh mereka-mereka yang berada dalam kos Bahasa Inggeris dan hati mereka juga sangat suka akan kebaikan. Mereka-mereka ini boleh berdakwah kepada bukan Islam tentang Islam dengan lebih baik berbanding kita-kita yang kurang mahir Bahasa Inggeris.Komunikasi tu antara faktor yang penting dalam dakwah kepada bukan Islam especially to those who used English fully

Muslimah pertama mengangguk-angguk. Dia mula faham dan berjanji di dalam hati akan berfikiran lebih optimis dalam apa jua hal,insyaAllah !! :)


"adik,semua muslimat nk jadi perempuan solehah. Tapi bukan senang.tambah-tambah lagi kita hidup di zaman yang serba mencabar ni,akhir zaman.. adik pernah dengar tak maksud hadis ni?


  Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”

kita hidup di akhir zaman dan Rasulullah s.a.w sendiri memaksudkan orang yang asing pada akhir zaman adalah orang yang beruntung. Zaman sekarang kalau kita wat benda baik mesti orang akan pandang 'slack'. Kejahatan pulak akan dipandang sebagai perkara biasa. Sekarang,sebagai muslimah yang masih single, taati ibu bapa serta lakukan segala suruhan Allah s.w.t dan tinggalkan segala laranganNya.

 Tapi dik,bila kita dah bergelar zaujah seseorang yakni seorang isteri empat benda asas je kita  kena buat untuk pilih mana-mana pintu syurga yang kita nak masuk iaitu solat lima waktu sehari semalam,berpuasa di bulan Ramdahan,menjaga kehormatan diri serta mentaati suami. Tengok,betapa istimewanya kita sebagai seorang perempuan kan?

Kadang-kadang kalau kita duduk bersama sahabat-sahabat adalah perkara biasa untuk kita bergurau senda,bergelak ketawa,usik mengusik cuma.. ada batasnya. Jangan bergurau sampai dapat mengecilkan hati sahabat kita dan kita sebagai seorang muslimah tak elok dan buruk sangat kalau ketawa berdekah-dekah,tak sopan tau"

Situasi sunyi seketika.Muslimah pertama sedang ligat berfikir manakala si naqibah menunggu reaksi muslimah pertama.Jauh di sudut hati si naqibah berhasrat menamatkan perbincangan kerana bila-bila masa sahaja azan Isyak akan berkumandang. Dia hanya tersenyum dengan lebih lebar lagi sebagai satu 'hint'.


Muslimah pertama tersenyum lebar. Dia punya semangat baru.
"Alhamdulillah kak,saya rasa terpujuk sangat-sangat! Saya kesal kerana berfikiran negatif je sepanjang diuji Allah ni.Astagfirullahalazim.Astaghfirullahalazim.Astaghfirullahalazim.. Allah takkan uji seseorang di luar kemampuan hambaNya kan kak?" nada ceria mula menguasai. Si muslimah pertama kini merasa lega,teramat lega dan bersyukur.Alhamdulillah..

"Benar dik. Dia uji sebab Dia sayangkan kita. tu tandanya Dia bagi perhatian kat kita.bukan ke seronok bila Allah bagi perhatian kat kita? kan2?? tambahan lagi sebenarnya Dia uji sebab Dia nak tengok kita merayu-rayu kat Dia.Dia suka.." si naqibah masih dalam senyuman. satu perilaku yang patut dicontohi. senyum dalam suka dan duka.  *tapi bukan sepanjang masa ye ! ^^

Allahukabar,Allahuakbar.. azan Isyak mula berkumandang.

"haaa.dah azan dah.jum kita solat berjemah kat dalam dik" ajak si naqibah
"jum2 kak! Akak.syukran jiddan ye.Jazakillahu khair.Allah je yang mampu balas jasa akak" kata si muslimat pertama sambil memeluk si naqibah,erat. Si naqibah membalasnya kembali,juga erat
"la syukra 'ala wajib ya ukhtiku sayang"


        =========================================================


Masa berlalu beberapa ketika. Kini muslimah pertama berasa lebih tenang. Dia hanya menjadi diri sendiri dan cuba memberikan contoh yang baik kepada orang sekeliling. Sikap 'gila-gila' yang tidak dapat dilupuskan cuba disesuaikan dengan dirinya sebagai seorang muslimah. Alhamdulillah,dia sangat bersyukur kerana sudah ada beberapa sahabat terdekat semakin berhajat ke arah kebaikan. Ada yang semakin istiqamah dengan stokin dan sarung lengan. Ada yang sudah berhijrah kepada tudung yang lebih labuh. Ada yang semakin indah akhlaknya. Mungkin bukan dia faktor utama penghijrahan itu kerana semua itu pastinya daripada Allah jua semata tapi sekurang-kurangnya dia tumpang gembira dan sudah punya teman perjuangan demi mardhatillah..
Read More …


oleh: Tinta Beca



Dalam kitab Raudhatul Muhibbin wa Nuzhatul Musytaqin , Imam Ibnu Qayyim meriwayatkan, bahawa pada suatu pagi selepas sembahyang Subuh, Umar Ibn Khattab R.A mencari-cari Abu Bakar.

Setiap hari selepas sembahyang Subuh, Umar selalu melihat Abu Bakar R.A menuju ke salah satu sudut kota Madinah. Umar tertanya-tanya apa sebabnya dan mengapa Abu Bakar sering keluar ke sana?

Pada suatu hari, Umar mengikut Abu Bakar keluar dan berjalan. Tiba-tiba dia memasuki sebuah perkhemahan terpencil  di sana. Taktala Abu Bakar R.A keluar Umar masuk ke dalam khemah tersebut. Dia mendapati ada seorang tua dan buta bersama anak-anak kecilnya. 

Umar bertanya kepada si tua tersebut : "Wahai Hamba Allah siapakah anda?"

Orang tua tersebut menjawab : "Saya ialah seorang tua yang buta dan tinggal di perkhemahan ini. Bapa kami sudah meninggal dunia dan bersamaku anak-anak perempuan sementara kami tiada pemberi nafkah selain Allah S.W.T"

Umar R.A bertanya lagi : "Siapakah syeikh yang mendatangimu tadi?"

Tenyata si tua tersebut tidak mengenalinya. Si tua tersebut menjawab " Syeikh itu tidak saya kenali, setiap hari dia datang. Dia menyapu rumah kami. Dia menyediakan makanan untuk kami dan dia juga memerah susu untuk kami.

Taktala itu juga Umar R.A menangis lalu berkata " Wahai Abu Bakar ! Kamu telah menyusahkan para khalifah sesudahmu nanti."

............................................................................................

Ambillah pengajaran dari kisah ini wahai orang-orang yang beriman. Ambillah pengajaran daripada penghuni syurga. Ambillah pengajaran dari sahabat-sahabat Baginda Rasulullah. 

Ya. Kita pernah bersedekah.
Ya. Kita pernah memberi.
Ya. Kita suka membantu.
Ya. Kita suka menghulur pada mereka yang memerlukan.

Namun.

Adakah pemberian tangan kanan kita itu tersembunyi dari tangan kiri kita?
Adakah pemberian kita itu dilihat oleh orang lain?
Apa niat kita taktala kita membantu?

Tulisan ini tidak berniat untuk menilai ukuran pahala individu cuma untuk bersama-sama mengkoreksi diri.
Sudahkah ikhlas kita sampai ke tahap Abu Bakar?

Apakah perasaan kita taktala kita melihat sahabat kita membantu yang susah? Adakah tersentuh hati kita laksana Umar? atau hanya melihat tanpa ada perasaan sedikitpun.


Rujukan :

Syeikh Zulkifli Mohamad al-Bakri. Siri Himpunan Hadis Modal Insan, Hadis-Hadis Peringatan Buat Insan. 
Read More …

oleh:Ibnu Khalid 


Assalamualaikum...


Seketika hamba membaca beberapa artikel terbaru blog-blog dan akhbar online berkenaan hukum syariah diperkatakan baik pihak pembangkang mahupun pihak pemerintah. Masing-masing mengutarakan pendapat masing-masing. Ada yang menggunakan hujah menurut al-Quran dan ada juga memberi hujah menurut logik akal masing-masing. Bagi hamba, ini sekadar polimik yang cuba dibangkitkan semula untuk menagih simpati rakyat. Hukum Islam adapun menurut hamba WAJIB dilaksanakan. 'Siapakah kita untuk berkata WAIT(tunggu) kepada syariat Islam?'. Ini adalah kata-kata Sultan Brunei.


Perlu diakui bahawa kata-katanya benar. Baginda sememangnya dihormati oleh hamba kerana keprihatinan baginda akan penekanan dasar Islam dalam negara Brunei. Dahulu, baginda dan mufti Brunei ingin meneruskan perlaksanaan Negara Brunei Negara Zikir. Hasil daripada dasar baginda, pihak BADAM iaitu Biro Agama Kerohanian Dan Moral(BADAM)~dahulunya dipanggil MPPI~, sehingga sekarang menjadikan matlamat untuk melaksanakan IPG ZIKIR sebagai matlamat utama.


Adapun selepas isu Hudud menjadi sasaran wartawan untuk melariskan akhbar perdana, timbul pula isu murtad. Susulan isu murtad, beberapa NGO yang dikatakan seramai 2000 pertubuhan NGO cuba melakukan himpunan sejuta umat (HIMPUN). HIMPUN adalah gabungan yang dikatakan hasil kesedaran umat Islam. Hamba sokong. Namun, perlu diingat istilah murtad bukan sekadar istilah bagi mereka yang ingin berpindah ke agama lain!


Rasulullah S.A.W. mengajar bangsa dan keluarganya batas sempadan di antara iman dan kufur, dan sempadan kasih kepada Islam, bangsa dan keluarga. Walaupun semuanya wajib dicintai.

Tetapi aqidah Islam asas kepada selamatnya keluarga dan bangsa. Sehingga kaumnya menyedari bahawa selamatnya arab dengan Islam, bukan selamat Islam dengan arab, sehingga melahirkan bangsa arab yang berpegang dengan Islam tidak berlaku zalim terhadap kaum lain. Slogan "Selamat Melayu Maka Selamat Islam" menandakan masih kabur kefahaman terhadap batas-batas iman dan kufur.

Seluruh kajian orentalis yang dicatatkan menegaskan terlalu sedikit mereka mencapai kejayaan memurtadkan orang Islam sepanjang zaman penjajah, hanya segelintir sahaja penganut Islam yang berjaya dimurtad meninggalkan agama Islam.

Maka dirancang melalui serangan pemikiran untuk memurtadkan umat Islam daripada mana-mana ajaran Islam melalui pendidikan, media dan budaya nafsu yang melalaikan. Bukan melalui cara meninggalkan agama Islam dan masuk agama lain, tetapi melakukan kesalahan murtad dalam keadaan masih merasakan dirinya menganut Islam.

Apabila munculnya Kamal Atarturk yang dianggap bapa Turki moden, dengan melaksanakan sekularisme yang memisahkan politik daripada agama Islam seperti yang dimaktubkan dalam kitab Injil Mathew, tampil dengan gagah berani seorang tokoh besar ulama Turki Syeikh Mustafa Sobri, yang pernah menjadi Syeikhul Islam kepada kerajaan Uthmaniyyah.

Beliau menegaskan dalam buku yang dikarangnya: “Bahawa teori sekularisme yang memisahkan politik (urusan pemerintahan negara daripada agama Islam) adalah jalan pintas paling terdekat menuju ke arah murtad. Fatwa ini dikuatkan oleh Almarhum Mufti Arab Saudi Sheikh Abdul Aziz bin Baz dan Pengerusi Persatuan Ulama Antarabangsa Dr Yusuf al-Qaradawi yang diberi anugerah Tokoh Maal Hijrah oleh kerajaan Malaysia.
Read More …


Oleh: Suara Mujahid

MARHALAH DAKWAH
Melalui penelitian dan kajian terhadap masyarakat hari ini, didapati bahawa kelemahan iman dan keampuhan jiwa, tidak memahami hakikat Islam dengan sebenarnya dan serangan pemikiran adalah faktor utama yang menyebabkan kaum muslimin berada dalam suasana yang ada pada hari ini. Ia juga merupakan faktor utama yang menyebabkan musuh-musuh Allah menjadikan sebahagian kaum muslimin sebagai kuda tunggangan mereka untuk memerangi Islam.

Kebanyakan muslimin pada hari ini sibuk dengan urusan dunia dan lalai daripada beribadat kepada Allah swt dan mentaati perintahNya. Mereka seperti sekumpulan manusia yang sedang nyenyak tidur. Di sebelah mereka terdapat api yang marak menyala dan akan membakar mereka sekiranya mereka masih lagi tidur. Di kalangan manusia yang sedang nyenyak tidurk, terdapat mereka yang tidak tidur dan menyedari apa yang berlaku di sekeliling., tetapi ntidak mampu memadamkan api yang sedang membakar.
Ketika itu kewajipan mereka ialah segera membangunkan manusia yang nyenyak tiidur supaya mereka menyedari keadaan masing-masing dan menjauhkan diri daripada api. Sebarang usaha untuk memperingatkan mereka yang tidur dari bahaya api akan menjadi sia-sia, jika dilakukan sebelum mereka terjaga dari tidur. Mereka tidak akan mendengar dan mentaati peringatan itu kerana mereka sedang nyenyak tidur. Jadi mereka mestilah dibangunkan terlebih dahulu barulah diberikan peringatan. Nah, inilah yang dinamakan dakwah dan usaha kearah menyedarkan manusia dari keteleduran dinamakan usaha dakwah yang mulia.

Di dalam pengertian ini Al Imam Asy Syahid Hassan Al Banna berkata:
“Jadilah kamu ketika (menyeru) manusia seperti pokok buah-buahan; mereka membalingnya dengan batu dan dia mengugurkan buah kepada mereka”.\


1. MARHALAH PERTAMA:
Iaitulah marhalah yang awal yang mewujudkan hubungan dan perkenalan dengan mad’u (ta’aruf). Di marhalah ini, anda hendaklah benar-benar merasakan kepada dirinya bahawa anda mengambil berat tentang dirinya dan bertanya khabar apabila dia tidak ada dan lain-lain. Ketika itu anda tidak membincangkan apa-apa tajuk mengenai dakwah sehingga hatinya terbuka dan bersedia memahami apa yang anda perkatakan mengenai dakwah dan mengambil pengajaran daripadanya.

Penerimaannya terhadap dakwah yang anda kemukakan adalah berkadar dengan kejayaan anda memberikan perhatian dan memenangi hatinya di marhalah ini. Sebarang percubaan untuk berbincang mengenai apa-apa tajuk dakwah sebelum melalui marhalah ini mungkin menjadi faktor penolakannya. Marhalah ini mungkin memakan masa beberapa minggu.

2. MARHALAH KEDUA:
Marhalah kedua ialah marhalah membangunkan iman yang lesu di jiwa mad’u. Di peringkat ini, perbincangan mengenai persoalan keimanan tidak perlu dilakukan secara langsung. Adalah lebih baik jika perbincangan mengenainya mengambil pendekatan secara tidak langsung seolah-olah tanpa disengajakan, dengan cara mengambil kesempatan daripada melihat burung, tumbuhan, serangga atau mana-mana makhluk Allah. Di kesempatan tersebut, perbincangan mengenai kekuasaan Allah. Di kesempatan tersebut, perbincangan mengenai kekuasaan Allah, kehalusan dan keagungan ciptaanNya dilakukan. Sebagai contohnya, dijelaskan kepada mad’u bagaimana tumbuhan tersebut tumbuh daripada bahagian-bahagian yang berlainan seperti dahan, daun, bunga, buah, warna, bau dan rasa sedangkan ia disiram dengan air yang sama dan ditanam di tanah yang sama.

Firman Allah swt:
“Begitulah perbuatan Allah swt yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu” (An Naml : 88)
Dalam kaedah berdakwah dengan mad’u pada peringkat ini, cuba kaitkan penciptaan Allah dengan teknologi sains yang dicipta oleh ahli sains dan cerdik pandai hari ini. Mampukah manusia mencipta seekor lalat atau seekor nyamuk yang mempunyai nyawa dan habitat tersendiri? Atau adakah manusia mampu mencipta sebiji gandum yang mana apabila gandum ini disiram dan ditanam mampu menumbuhkan batang gandum? Inilah perbandingan yang nyata supaya mad’u berfikir. Allah
berfirman di dalam Qur’an:

“Dan mereka memikirkan tentang penciptaan langitn dan bumi seraya berkata: “Ya Tuhan kami! Tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka” Ali Imran 191)

Boleh juga dalam kaedah yang lain, naqib atau pendakwah menjelaskan kepada mad’u persoalan kemuliaan yang Allah berikan kepada anak cucu Nabi Adam (manusia); kemuliaan hasil daripada pemberian roh kepada mereka. Kebanyakan manusia alpa dan lupa terhadap kehidupan di aspek ini, dan mereka hanya hidup di aspek penciptaan mereka daripada tanah dan memenuhi tuntutan badan.
Mereka lupa dan alpa bahawa aqidah yang benar dan sejahtera adalah tuntutan asasi kepada roh; padanya terdapat kebahagiaan hidup didunia dan akhirat. Persoalan seterusnya dikaitkan dengan persoalan keimanan. Ketika persoalan ini dijiwanya, dia akan mula menilai semula kehidupannya sebelum ini (mujaraah) dia akan merasakan bahawa sekiranya dia terus berada di tahap lama; alpa, mencuaikan kewajipan, melakukan maksiat dan tidak mentaati Allah, dirinya akan terdedah kepada azab Allah di hari Akhirat; hari yang tiada tempat lari dan penyelamat. Ketika itu, dia akan mudah dipimpin dan diberi tunjuk ajar supaya berpegang teguh kepada ajaran Islam.

3. MARHALAH KETIGA
Di marhalah ini, kita hendaklah membantunya memperbaiki dirinya dengan cara mengajarnya perkara-perkara ketaatan kepada Allah dan ibadat-ibadat fardhu, membiasakan dirinya melakukannya secara berdisiplin, menjauhi maksiat dan berakhlak dengan akhlak Islam.
Kaedah dakwah dengan marhalah ini ialah hadiahkanlah mereka dengan buku-buku yang membincangkan persoalan aqidah, ibadah dan akhlak yang boleh dibaca dan difahaminya. Kemudian ajaklah mereka menghadiri majlis-majlis ilmu dan ceramah-ceramah, mengajaknya berkenalan dengan oran-orang salih dan menjauhkannya daripada oranmg-orang jahat.
Begitulah seterusnya, biah solehah (suasana yang soleh) terus dibina untuk membantu menyempurnakan keperibadian Islamnya. Kita mestilah bersabar dan ikuti perkembangan dirinya sehingga dia benar-benar teguh berada di atas jalan Islam. Ikutilah perkembangan mad’u sentiasa supaya dia sentiasa dipastikan dapat menerima perubahan. Usaha ini akan memakan masa beberapa minggu atau beberapa bulan sehingga keperibadian Islamnya benar-benar mentap tanpa mudah digoyang.

4. MARHALAH KEEMPAT

Marhalah keempat ialah menjelaskan pengertian ibadah yang syumul tanpa membataskannya kepada solat, puasa, zakat dan haji sahaja. Ia merangkumi seluruh aspek kehidupan; makan, minum, pakaian, ilmu, amal, perkahwinan, bersenam (riadhah), memelihara anak-anak dan lain-lain. Itu semua adalah ibadah kepada Allah swt apabila mencukupi dua syarat: niat kerana Allah swt dan mengikuti syariat Islam semua pekerjaan yang dilakukannya.

a. Niat
 Semua yang dilakukan hendaklah hanya kerana Allah semata-mata dan tidak kepada yang lain. Tujuannya adalah untuk menjadikan kita hamba kepada Allah dan merealisasaikan tujuan Allah menjadikan kita sebagai khalifah di atas muka bumi.
Oleh itu kita makan dan minum adalah supaya kita bertenaga untuk mentaati Allah dan beribadat kepadanya.Dengan itu makan dan minum kita menjadi ibadat yang akan diberi ganjaran pahala. Kita menujntut ilmu kerana untuk menjaga kepentingan kaum muslimin maka sewajarnya menuntut ilmu itu adalah ibadat yang tidak diragukan selama mana tidak bercanggah dengan tuntutan syariat. Berkahwinnya kita kerana mahu menjaga diri dari terjebak dengan maksiat dan membina rumah tangga muslim maka rumahtangga ini pasti menjadi suatu ibadat kepada diri kita.

b. menjaga syariat (mengikut landasan yang telah ditetapkan oleh Islam). Oleh kerana itu kita tidak makan melainkan yang halal sahaja. Kita tidak berpakaian melainkan yang halal dan begitulah segala aktiviti dan pekerjaan yang dilakukan. Contoh yang lain, keluar menuntut ilmu bagi seorang perempuan menjadi ibadat selagi mana ia mengikut syariat seperti berpakaian menutup aurat, tidak bercampur gaul dengan lelaki bukan mahram, berteman dan tidak menimbulkan fitnah. Begitu juga dengan kaum lelaki, bersukan dan beriadhah menjadi ibadah dengan niat yang betul dan betul cara perlaksanaannya seperti menutrup aurat dan menjaga waktu solat. Banyak contoh lain yang boleh dijadikan pekerjaan umum menjadi ibadat dan sebaliknya pula pekerjaan yang betul boleh menjadi maksiat sekiranya tidak mengikuti tuntutan Islam yang betul.

5. MARHALAH KELIMA

Dalam marhalah ini, tingkatan yang diperlukan adalah menjelaskan kepada mad’u bahawasanya tidaklah cukup hanya menjadi Islam pada diri sendiri sahaja, dengan hanya melaksanakan ibadat-ibadat yang tertentu sahaja. Sebaqliknya Islam juga adalah agama yang bermasyarakat. Islam adalah sistem hidup, pemerintahan, perundangan, daulah, jihad, dan ummah. Inilah fahaman yang betul terhadap Islam. Fahaman yang mengajar kita berbagai tanggungjawab dan kewajipan. Kita wajib melaksanakannya sebagai menyahut perintah Allah supaya masyarakat dapat dibina di atas prinsip-prinsip Islam di semua aspek kehidupan; politik, ekonomi, perundangan, kemasyarakatan dan lain-lain.

Kita juga mesti difahami bahawa di antara kewajipan kita terhadap Islam ialah berusaha dan berjuang bersunguh-sungguh supaya Islam berkuasa di muka bumi. Firman Allah Taala:
“… Sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah semata-mata” (Al Baqarah : 193)

Oleh itu, kita wajib menyampaikan seruan agama ini kepada manusia seluruhnya. Seseorang muslim tidak mungkin hidup sebagai muslim dengan keIslaman yang sahih dan sempurna sekiranya dia mengasingkan diri daripada saudara-saudara muslim yang lain dan tidak mempedulikan ap-a yang berlaku dan dihadapi oleh mereka (saudara-saudara muslim) di berbagai ceruk rantau di muka bumi; tekanan, gangguan, fitnah dan serangan dari musuh-musuh Allah dan musuh-musuh Islam. Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiapa yang tidak memperdulikan urusan muslimin maka dia bukanlah dari mereka”
Disekitar pengertian ini perbincangan dilakukan sehingga melahirkan perasaan tanggungjawab umum (mas’uliyah ammah) terhadap Islam dan muslimin di dalam dirinya dan dia tidak lagi mengasingkan diri. Selepas itu dijelaskan kepadanya tuntutan marhalah dakwah Islam pada hari ini yang mewajibkan umat Islam berusaha menegakkan daulah Islam dan mengambalikan khalifah Islam yang telah diruntuhkan oleh musuh-musuh Islam.

Kita terangkan kepada mad’u betapa besarnya musibah yang dihadapi oleh dunia Islam; negara dipecah-pecahkan, umat Islam bertelagah sesama sendiri, musuh-musuh menyerang, aqidah orang-orang Islam tergugat dan digugat, masjid-masjid dirosakkan, berlakunya pencerobohan terhadap negara Islam, harta kekayaan bumi dirompak dan dirampas, dan anak-anak muslimin diracun dengan pemikiran yang liar dan akhlak yang melampaui batasan. Kesemua ini akibat dari tiadanya Daulah Islamiah. Daulah Islamiah inilah sebenarnya yang menjadi payung dan penangkis kepada serangan-serangan musuh dari pelbagai arah.

Mad’u juga perlu dijelaskan bahawa tanggungjawab menegakkan daulah Islamiah bukan hanya terletak pada bahu ulama’ dan pemimpin sahaja, bahkan ia adalah tanggungjawab setiap muslim dan muslimat yang hidup di marhalah dakwah ini. Mad’u juga perlu disedarkan tentang bahayanya umat Islam sekarang tanpa panduan dan pimpinan serta berdosanya umat Islam tanpamenegakkan Daulah Islamiah.

Kesimpulannya marhalah ini adalah permulaan kepada menanamkan benih fikrah perjuangan Isla; iaitulah usaha untuk menegakkan Daulah Islamiah yang akan mendorongnya (mad’u) memanjat tangga marhalah dakwah yang setrusnya yang seterusnya menuntut pengorbanan dan perjuangan.

6. MARHALAH KEENAM

Di marhalah ini penjelasan perlu diberikan kepada mad’u bahwasanya tidakmungkin kewajipan menegakkan daulah Islamiah ini secara fardi (sendiri); setiap muslim tidak akan mungkin dapat mengambalikan Daulah Islamiah dengan secara bersendirian. Ia perlu dijana dan dilakukan secara berkumpulan (berjemaah) / organisasi. Usaha menegakkan Islam secara berjemaah menjadi wajib kerana dengan adanya berjemaah dapatlah usaha dibangunkan untuk menegakkan Daulah Islamiah. Maka berjemaah itu hukumnya adalah wajib.

Kaedah fikah menyebut:-
“Apabila sesuatu kewajipan tidak dapat disempurnakan kecuali dengannya, maka ia menjadi wajib”
Tidak dapat dibayangkan, bagaimana sempurna Islam seseorang itu sedangkan dia hidup seorang diri tanpa melibatkan diri dengan jamaah yang bertujuan melaksanakan prinsip-prinsip Islam dan kewajipannya; prinsip dan kewajipannya yang terpenting pada masa kini ialah usaha yang berteusan dan bersungguh-sungguh untuk menegakkan Daulah Islamiah.

Ini adalah perkara pokok (asasi). Kebanyakan muslimin tidak merasakan keperluan yang darudi dalam mewujudkan jemaah, ataupun menggabungkan diri ke dalamnya. Mereka bersikap demikian kerana tidak mahu memikul tanggungjawab, ataupun lebih mengutamakan keselesaan hidup dan menjauhkan diri daripada perkara yang tidak disukai dan mungkin terpaksa dihadapi apabila dia menggabungkan diri ke dalam jemaah. Berdasarkan penjelasan betapa besarnya tanggungjawab terhadap Islam yang terpaksa dipikul dan perlaksanaan tanggungjawab ini tidak dapat disempurnakan kecuali melalui jemaah, maka mad’u akan meyakini darurinya berjemaah sekalipun terpaksa membayar denga harga yang mahal.

Dalam marhalah ini jugalah menanamkan perasaan iltizam dan istiqomah untuk terus berjuang di dalam Jemaah Islam yang mahu menegakkan Dualah Islamiah. Akhirnya mad’u akan merasa cinta dan senang dengan hidup berjemaah dan merasa bimbang takut-takut akan tergelincir dari perjuangan Islam.

7. MARHALAH KETUJUH
Di marhalah ini, akan menjawab dan meraup segala persoalan yang bermain di minda mad’u: Jemaah manakah yang perlu diikuti? Marhalah ini adalah yang terpenting tetapi ia agak sensitif. Ia memerlukan kebijaksanaan, penerangan yang jitu dan memuaskan. Ini kerana, di medan terdapat pelbagai bilang jamaah yang bergerak dan semuanya mengajak para pemuda menganggotainya. Semuanya membawa bendera Islam, mempunyai lambang-lambang dan cara-cara tersendiri untuk menarik para pemuda.

Perkara yang mesti difahami oleh setiap pemuda muslim ialah persoalan amal Islami adalah persoalan asasi dan penentu masa depan.dia mestilah teliti dalam memilih jalan perjuangan mana yang patut dilalui dan diyakini selamat. Dia tidak sepatutnya terikut-ikut atau tergesa-gesa dalam memilih jemaah yang perlu dianggotainya untuk merealisasikan prinsip-prinsip Islam. Ini kerana, dia hanya memiliki satu umur dan satu nyawa. Oleh itu, janganlah dipersiakan begitu sahaja. Sebaliknya, dia hendaklah mengkaji, berbincang, dan memperuntukkan masa dan tenaga yang mencukupi untuk mencari kepastian. Sesungguhnya ketenangan jiwa (melakukan sesuatu dengan yakin akan kebenarannya) adalah lebih baik daripada memilih jalan perjuangan yang salah dan bertindak tanpa kepastian.
Perlu diketahui oleh mad’u bahawa dalam usaha merealisasikan Daulah Islamiah, perkara pokok yang diterapkan oleh Rasulullah saw adalah pemantapan aqidah berdasarkan tuntutan al-Qur’an. Melalui madrasah inilah yang melahirkan Rijalul aqidah (pendokong-pendokong aqidah); aqidah yang mengawal diri mereka, menguasai jiwa dan perasaan mereka. Atas nama aqidah- mereka sanggup mengorbankan masa, tenaga, harta dan nyawa, kesihatan, dan pemikiran mereka. Mereka juga sanggup bertahan dan berkorban, diseksa dan dicerca, dipeangi dan dibunuh. Oleh sebab aqidah mereka yang begitu mantap dan kukuh, segala ujian dapat dihadapi dengan baik dan sabar. Maka usaha seterusnya dilakukan oleh Nabi saw adalah memepertautkan persaudaraan antara sesama mereka. Nabi saw mengambil sumpah dan baiah dalam perjuangan untuk mempertahankan Islam. Ketika itulah Allah mengurniakan kemenangan yang gemilang kerana syarat itu telah dipenuhi.Dengan ini, Rasulullah saw telah berjaya mewujudkan kekuatan aqidah, kemudian kekuatan kesatuan, dan akhirnya kekuatan tangan dan persenjataan. Ini kerana, apabila terbentuknya kumpulan mukmin yang mantap dan bersatu, maka musuh-musuh Islam mampu dihadapi dengan jayanya.

Namun sebelum terbentuknya kumpulan mukmin yang mantap dan bersatu iaitu ketika bilangan kaum muslimin yang sedikit, Rasulullah saw berpesan supaya mereka bersabar menempuh dugaan dan tetap bersama kebenaran yang mereka imani, serta berterusan menyampaikan dakwah Islam kepada orang lain. Baginda tidak meminta mereka menghadapi kebatilan dengan menggunakan kekuatan.
Oleh itu jamaah yang melalui jalan yang sama (dilalui oleh Rasulullah saw) semestinya menjadi pilihan untuk dianggotai dan didukungi. Mana-mana jemaah yang tidak memberikan perhatian kepada persoalan tarbiah dan persediaan, mengatasi keutamaan kepada persoalan kesatuan dan hubungan, dan juga mengatasi keutamaan kepada persoalan penggunaan kekuatan, maka ia adalah jemaah yang memperjudikan nasib dan masa depannya, dan membahayakan amal Islami. Oleh itu, usaha untuk memegang tampuk kekusaaan menggunakan kekuatan dengan mengabaikan tarbiyah dan kesatuan, ataupun parti-parti politik yang mengabaikan tarbiyah adalah uaha yang merbahaya. Malah mamapu melumpuhkan amal Islami sebelum ia lahir dan berkembang subur secara tab’ie untuk membentuk kumpulan yang mantap (Qaedah Sulbah). Sesungguhnya pembinaan dimulakan dari asas (tapak), bukannya dari puncak (atas).

Mad’u juga mesti dijelaskan bahawa Jemaah yang hendak dianggotai dan didukungi mestilah jemaah yang mengambil Islam secara syumul dan menyeluruh; aqidah, ibadat, akhlak, perundangan, pemerintahan, jihad dan seluruh aspek kehidupan. Ia tidak boleh mementingkan beberapa aspek dan meninggal aspek yang lain dengan alasan keselamatan atau apa-apa sebab yang lain.
Mad’u juga mesti dijelaskan bahawa Jemaah yang perlu dianggotai itu mestilah yang memiliki kemampuan di peringkat antarabangsa. Ini kerana mereka mempunyai faktor-faktor pembinaan kumpulan yang mantap (qaedah Sulbah) untuk Daulah Islamiah Alamiah (Negara islam Sejagat), bukan hanya sekadar pemerintahan setempat di mana-mana negara.

Jemaah yang berpengalaman dan terbukti mampu menghadapi tribulasi adalah jemaah yang paling layak untuk diyakini kemampuannya mencapai matlamat, mendatangkan hasil dengan segera dan pandai menggunakan masa dan tenaga sebaik mungkin. Kefahaman dan tindak tanduknya pula jauh daripada kecuaian dan keterlaluan, jauh daripada penyelewengan dan menjuzuk-juzukkan (ambil daripada bahagian dan tinggalkan beberapa bahagian), selari dengan petunjuk Rasulullah saw dan salafussalih.

Jemaah tersebut juga mestilah jemaah yang tersusun rapi dan bersatupadu serta berjalan mengikut perancangan yang rapi. Ia bukanlah Jemaah yang kucar kacir (perjalanannya tidak menguikut peraturan) atau bergerak secara bidan terjun tanpa perancangan dan penyusunan.

Mad’u juga mestilah dijelaskan bahawa perpecahan dan pengagihan tenaga kepada kumpulan-kumpulan kecil adalah satu kesalahan dan merbahaya. Pada dasarnya, sesiapa yang ingin menyumbang untuk Islam hendaklah bergabung dengan Jemaah yang mempunyai ciri-ciri yang telah disebutkan di atas. Dia tidak boleh mengangkat bendera baru ataupun membantu Jemaah baru yang setahun jagung pengalamannya. Ini dilakukan supaya dia tidak membantu usaha-usaha memecah-memecahkan tenaga dan usaha. Dia juga tidak boleh memisahkan diri daripada Jemaah Besar yang berpengalaman kecuali apabila dia mendapati jemaah tersebut pada keseluruhannya terdapat kefasikan atau kesesatan.
Read More …