Kembara Ilmu

get this widget here

Assalamualaikum dan selamat datang...

Selamat datang kepada semua pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Semoga kunjungan kalian memberi kekuatan kepada kami untuk meneruskan perkongsian ilmu bersama kalian.

Tulisan dalam blog Kembara Ilmu merupakan pendapat peribadi penulis terbabit dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi blog Kembara Ilmu.


PERSAHABATAN UMPAMA ALQURAN ^_^

Assalamu’alaikum wbt…

Seorang sahabat menghantar satu mesej kepada saya. Tentang analogi persahabatan…

“Persahabatan umpama al-Quran. Semakin seseorang suka padanya, semakin dia membacanya, semakin ikhlas dia membacanya. Semakin gembira dia mendekatinya, semakin tenang dia untuk memahaminya. Semakin cinta dia kepadanya, semakin setia dia menghafaznya. Dan semakin itulah al-Quran itu terlekat di hatinya sampai bila-bila….”

Subhanallah. Ini kali pertama saya mendengar kaitan persahabatan dengan al-Quran. Indah sungguh! Begitulah dunia persahabatan yang dipateri kerana cinta kepada-Nya. Saban hari, kita akan cuba untuk memahami serta mendekatinya. Susah dan senang, suka dan duka, pahit manis….semua ini merupakan rencah kehidupan dalam persahabatan. Mencari kawan, teman dan rakan adalah mudah…tapi untuk mencari sahabat yang akan bersama-sama memimpin diri kita menuju ke syurga-Nya, masya-Allah….sahabat seumpama itu sukar ditemui. Namun, percayalah! Lihatlah di sekeliling kita. Pasti ada sahabat-sahabat yang Allah kirimkan supaya kita saling berpesan-pesan kepada kebenaran, bersama-sama mencegah kemungkaran, meninggalkan larangan-Nya dan melaksanakan perintah-Nya. Subhanallah :)

Di samping itu, Islam amat menitikberatkan ciri-ciri sahabat yang akan kita pilih kerana mereka mencerminkan sifat dan peribadi kita. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.”

Teringat akan pesanan Imam Al-Ghazali kepada anak lelakinya. Mungkin daripada pesanan-pesanan beliau ini, kita boleh checklist bagaimana ciri-ciri sahabat yang kita ada. Ingat, sahabat merupakan salah seorang yang membentuk serta mencorak peribadi kita. Jadi, berhati-hatilah dalam memilih SAHABAT :)

: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
3. Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat akan kematian…

Subhanallah :)

Moga Allah temukan kita dengan SAHABAT itu~

* Sahabat selamanya sehingga ke syurgaNYA :)*

Categories: ,

Leave a Reply