Kembara Ilmu

get this widget here

Assalamualaikum dan selamat datang...

Selamat datang kepada semua pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Semoga kunjungan kalian memberi kekuatan kepada kami untuk meneruskan perkongsian ilmu bersama kalian.

Tulisan dalam blog Kembara Ilmu merupakan pendapat peribadi penulis terbabit dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi blog Kembara Ilmu.

oleh:Ibnu Khalid 


Assalamualaikum...


Seketika hamba membaca beberapa artikel terbaru blog-blog dan akhbar online berkenaan hukum syariah diperkatakan baik pihak pembangkang mahupun pihak pemerintah. Masing-masing mengutarakan pendapat masing-masing. Ada yang menggunakan hujah menurut al-Quran dan ada juga memberi hujah menurut logik akal masing-masing. Bagi hamba, ini sekadar polimik yang cuba dibangkitkan semula untuk menagih simpati rakyat. Hukum Islam adapun menurut hamba WAJIB dilaksanakan. 'Siapakah kita untuk berkata WAIT(tunggu) kepada syariat Islam?'. Ini adalah kata-kata Sultan Brunei.


Perlu diakui bahawa kata-katanya benar. Baginda sememangnya dihormati oleh hamba kerana keprihatinan baginda akan penekanan dasar Islam dalam negara Brunei. Dahulu, baginda dan mufti Brunei ingin meneruskan perlaksanaan Negara Brunei Negara Zikir. Hasil daripada dasar baginda, pihak BADAM iaitu Biro Agama Kerohanian Dan Moral(BADAM)~dahulunya dipanggil MPPI~, sehingga sekarang menjadikan matlamat untuk melaksanakan IPG ZIKIR sebagai matlamat utama.


Adapun selepas isu Hudud menjadi sasaran wartawan untuk melariskan akhbar perdana, timbul pula isu murtad. Susulan isu murtad, beberapa NGO yang dikatakan seramai 2000 pertubuhan NGO cuba melakukan himpunan sejuta umat (HIMPUN). HIMPUN adalah gabungan yang dikatakan hasil kesedaran umat Islam. Hamba sokong. Namun, perlu diingat istilah murtad bukan sekadar istilah bagi mereka yang ingin berpindah ke agama lain!


Rasulullah S.A.W. mengajar bangsa dan keluarganya batas sempadan di antara iman dan kufur, dan sempadan kasih kepada Islam, bangsa dan keluarga. Walaupun semuanya wajib dicintai.

Tetapi aqidah Islam asas kepada selamatnya keluarga dan bangsa. Sehingga kaumnya menyedari bahawa selamatnya arab dengan Islam, bukan selamat Islam dengan arab, sehingga melahirkan bangsa arab yang berpegang dengan Islam tidak berlaku zalim terhadap kaum lain. Slogan "Selamat Melayu Maka Selamat Islam" menandakan masih kabur kefahaman terhadap batas-batas iman dan kufur.

Seluruh kajian orentalis yang dicatatkan menegaskan terlalu sedikit mereka mencapai kejayaan memurtadkan orang Islam sepanjang zaman penjajah, hanya segelintir sahaja penganut Islam yang berjaya dimurtad meninggalkan agama Islam.

Maka dirancang melalui serangan pemikiran untuk memurtadkan umat Islam daripada mana-mana ajaran Islam melalui pendidikan, media dan budaya nafsu yang melalaikan. Bukan melalui cara meninggalkan agama Islam dan masuk agama lain, tetapi melakukan kesalahan murtad dalam keadaan masih merasakan dirinya menganut Islam.

Apabila munculnya Kamal Atarturk yang dianggap bapa Turki moden, dengan melaksanakan sekularisme yang memisahkan politik daripada agama Islam seperti yang dimaktubkan dalam kitab Injil Mathew, tampil dengan gagah berani seorang tokoh besar ulama Turki Syeikh Mustafa Sobri, yang pernah menjadi Syeikhul Islam kepada kerajaan Uthmaniyyah.

Beliau menegaskan dalam buku yang dikarangnya: “Bahawa teori sekularisme yang memisahkan politik (urusan pemerintahan negara daripada agama Islam) adalah jalan pintas paling terdekat menuju ke arah murtad. Fatwa ini dikuatkan oleh Almarhum Mufti Arab Saudi Sheikh Abdul Aziz bin Baz dan Pengerusi Persatuan Ulama Antarabangsa Dr Yusuf al-Qaradawi yang diberi anugerah Tokoh Maal Hijrah oleh kerajaan Malaysia.

Categories: ,

Leave a Reply