Kembara Ilmu

get this widget here

Assalamualaikum dan selamat datang...

Selamat datang kepada semua pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Semoga kunjungan kalian memberi kekuatan kepada kami untuk meneruskan perkongsian ilmu bersama kalian.

Tulisan dalam blog Kembara Ilmu merupakan pendapat peribadi penulis terbabit dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi blog Kembara Ilmu.

:Pena Hawa:

بسم الله الرحمن الرحيم   

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Mari berfikir sejenak sahabat sekalian.muslimah terutamanya. Bagaimana kiranya waktu sekarang kita berhadapan dengan Rasulullah S.A.W? mampukah Baginda tersenyum melihat penampilan kita atau sebaliknya yang akan berlaku? Tegarkah kita melihat pandangan kekecewaan di dalam mata pemimpin agung itu? Jujur,Hawa tidak sanggup.

Sahabat muslimah yang disayangi,                                                                                                              apakah sahabat berfikir dengan pakaian tidak mengikut syariat itu sahabat boleh menarik perhatian lelaki? dengan solekan tebal itu sahabat boleh memukau pandangan mereka? Ya,sahabat sekalian akan menarik perhatian dan memukau pandangan mereka yang berhidung belang !!  

Sila tanya hati kecil yang penuh dengan kelembutan itu. Apakah pakaian itu boleh menangkap perhatian Allah s.w.t? Apakah dengan solekan itu menjamin tiada sentuhan api neraka menyinggah di wajah kalian? Hawa tidak menipu wahai sahabat tersayang bahawa lelaki yang soleh akan menjaga pandangannya dan tidak akan tertarik dengan penampilan perempuan sebegitu. Sejahat-jahat mana pun seorang lelaki pastinya menginginkan seorang perempuan yang baik untuk menjadi ibu kepada anak-anak mereka.

Sahabatku,dirimu menyatakan bersungguh-sungguh ingin mendapatkan jodoh yang soleh,baik,boleh memimpin diri dan keluarga. Maka sebelum itu sila lihat dirimu dahulu. Apakah rambutmu telah engkau litupi dengan kerudung? Apakah tubuh badanmu telah tertutup sepenuhnya kecuali tapak tangan? Apakah stoking kaki tersarung molek di kakimu? Jika pertanyaan Hawa itu dijawab dengan sepatah perkataan ‘ya’, Hawa sangat bangga akan dirimu wahai sahabat ku sayang.

Islam itu mudah,tidak menyusahkan. Setiap syariat pasti ada hikmah tersendiri buat kita. Allah sendiri menyatakan dalam Surah Al-Ahzab ayat 59:
“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.”

Lihat dan teliti ayat terakhir firman di atas. Supaya mereka dikenali sebagai wanita Islam serta tidak diganggu. Betapa sayangnya Allah kepada kita,kaum Hawa namun ramai dalam kalangan kita menganggap kewajipan menutup aurat sebagai satu hal yang remeh,yang boleh dipandang enteng. Walhal hal yang dipandang remeh inilah merupakan penyelamat diri kita daripada gangguan mereka yang kurang akhlaknya. Fitrah manusia sebenarnya suka dan cinta akan kebaikan namun manusia itu sendiri yang membina benteng keegoan menolak kebaikan yang hadir serta hanya berfikir untuk keseronokan semata. Ingatlah tujuan kita diciptakan yakni untuk beribadah kepada Allah dan menjadi khalifah di muka bumi ini.

Sahabatku,tontonan auratmu secara percuma telah menambahkan lagi dosa di buku amalanmu dan tidakkah engkau sedar lelaki-lelaki yang memandang itu juga mendapat dosa yang percuma? Apakah tiada perasaan kasihanmu kepada mereka kerana mereka terlibat sama dalam penambahan dosa-dosa itu? Ya,silap mereka juga yang tidak menundukkan pandangan namun apakah sahabat sekalian dapat menjamin langsung tiada lintasan di hati mereka? Bagi lelaki yang baik pasti akan cepat-cepat beristighfar dan mengalihkan pandangan tetapi bagaimana dengan lelaki yang berhidung belang? Silakan menjawab persolan ini sendiri kerana Hawa yakin sahabat sekalian lebih maklum.

Pesanan kasih sayang;

LABUHKAN TUDUNGMU
TUTUP AURATMU
LONGGARKAN PAKAIANMU
♥ WAHAI MUSLIMAH TERSAYANG,TUTUPLAH AURATMU SEBELUM AURATMU DITUTUP DENGAN KAIN KAFAN ♥

Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan (Imam Hasan Al-Basri)
wallahualam 
                                                                                                                                     

Categories: ,

Leave a Reply